Kek Lemon Ferubi
Idea untuk bantu anak dengan keunikan pertuturan untuk 'develop speech skills'
Walaupun Adam ni berusian 8 tahun+, banyak yang uniknya dalam pertuturan beliau. Being one of 'speech delay' dahulu, banyak aktiviti bersama yang tibu usahakan bersama Adam
Terima kasih Adam untuk kerjasama dan progres yang baik dengan izin Allah
Salah satu cara stimulate kepantasan bertutur anak-anak dalam kumpulan begini ialah beri otak dan fizikal mereka cergas serentak
Contohnya
Berlari sambil bercakap
Memanjat tangga sambil menyanyi
Masak sambil bercerita
.
Untuk hari ni tibu buat aktiviti ketiga bersama Adam. Buat kek tapi syaratnya kena ada cerita.
Resepi dari Bonda Karolina Wan Hassan,
Tepung ferubi pun boleh beli dari beliau tau. Fermentasi secara alami, insyAllah pilihan tepung bebas gandum yang sangat baik
.
Terjadilah kek lemon ferubi harini
Allahu sedap!
Lemon dan gabungan gula kabung tu, memang wow!
Kek ada bau seakan kopi dipanggang. Bau 'pahit'
Tibu rasa, dari lemon.
Harini cerita bagaimana dinasour datang ke bumi. Adam lah tukang naratifnya. Tibu pendengar setia. Rupa-rupanya keluarga dinosour ni takut pada kelapa (menurut tukang ceritalah, hahaha)
Di akhir cerita, untuk dinosour tu sukakan kelapa, mereka buat kek guna santan. Macam kita hari inilah, kan Adam?
.
Ok nah resepi
Tibu olah sikit dari Bonda Karolina juga tu.
Bahan-bahan
2 cawan tepung ferubi
1 tsp perahan lemon
Sedikit parutan kulit lemon
1 cawan santan
1 tsp soda bikarbonat
1/2 cawan minyak sapi
3 biji telur ayam kampung
1/2 cawan gula kabung kristal
(Taburan chocolate chips adalah optional sahaja)
Ikutkan tibu taknak sebab chocolate chip - dark choc ni ada gula.
Tapi taknak sekat kreativiti Adam. Maka tibu izinkan. Tapi... Boleh makan 2 biji chocolate chips sahaja.
Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
1. Masukkan TEPUNG FERUBI dan soda bikarbonat ke dalam bekas dan gaul rata. Ketepikan.
2. Asingkan kuning dan putih telur
3. Kisar GULA KABUNG KRISTAL dan minyak sapi sehingga kembang dan gebu. Lebih kurang 2-3 minit.
4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Kacau sehingga rata. Ketepikan.
5. Masukkan campuran TEPUNG FERUBI diselang-seli dengan santan.
Mulakan dengan TEPUNG FERUBI diakhiri dengan santan.
6. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan 1 tbs GULA KABUNG KRISTAL dan pukul lagi on high speed sehingga STIFF.
7. Kaup putih telur ke dalam adunan lagi satu dan aduk perlahan sehingga rata.
8. Tuang ke dalam bekas dan bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
.
Hasil akhir teksturnya bukan kembang macam tepung gandum tau. Dia jadi lembab dan lembut seperti 'moist cake'
Tapi hujung-hujung kek tu rangup amat!
.
Cerita dinosour kita belum tamat. Petang ni dinosour belajar cintakan santan melalui kari. Kari daun pokok sebab dinosour kami herbivor. Hihihi
Comments
Post a Comment