Biskut Raya Hazelnut TANPA tepung gandum
Biskut Raya Hazelnut TANPA tepung gandum, menggunakan TEPUNG FERUBI mudah cepat sedap!
Resepi:
100g GULA KABUNG KRISTAL
150g ghee/pure butter
200g TEPUNG FERUBI
2 biji telur ayam kampung
50g kacang hazelnut dikisar halus
Cara:
Kisar GULA KABUNG KRISTAL dan pure butter selama 2-3 minit sampai kembang. Jika guna ghee, hanya aduk perlahan selama 1-2 minit untuk elak biskut menjadi berderai.
Masukkan telur ayam kampung sebiji demi sebiji dan aduk sehingga rata.
Masukkan TEPUNG FERUBI dan kacang hazelnut yang dikisar halus secara berperingkat dan kacau perlahan-lahan sehingga rata.
Boleh guna acuan samprit, bulat-bulatkan dan tekan dengan garpu atau masukkan doh ke dalam acuan pam - sila lihat posting saya sebelum ini di sini:
https://www.facebook.com/karolinawanhassan/posts/10216964625411576
Letak di atas baking tray TANPA disapu apa-apa minyak dan TIDAK perlu dilapik dengan baking paper.
Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 10-12 minit sehingga tepi biskut berwarna perang.
Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
TEPUNG FERUBI dan beberapa #KarolinaWHproduknusantarapremium di website www.karolinawh.one on SALE sehingga 40% agar lebih ramai dapat menikmati produk ASLI ALAMI ini.
Jutaan terimakasih kepada yang sudah membuat pesanan 😍😍😍😍
Selamat beramal..moga kita ditemukan dengan Lailatul Qadar!
www.karolinawh.one
#KarolinaWHproduknusantarapremium
#AquaLogixMalaysia #EcoMove
Comments
Post a Comment