FERUBI Banana Cake Bread
I just love the cracks on my FERUBI Banana Cake Bread and the taste is simply MARVELLOUS!!
What’s more with SUNDA PERKASA SPECIALTY COFFEE - no sugar needed.
Alhamdullilah for a blessed Friday!
ALL NATURAL
NO WHEAT
NO PRESERVATIVES
Pastikan anda memilih hanya pisang KAMPUNG yang masak ranum.
Anda boleh cut in half bahan-bahan yang diguna kerana saya buat ini untuk anak cucu dan menantu 😍
Resepi FERUBI Banana Cake Bread:
1 1/2 cawan pisang yang sudah dilecek
3 cawan TEPUNG FERUBI
2 tsp baking powder organik
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1/2 tsp garam asli
170g pure butter
1 1/2 cawan GULA KABUNG KRISTAL
3 telur ayam kampung
1 1/2 cawan almond milk/susu segar/santan
1/2 cawan roasted walnuts yang ditumbuk halus (optional)
Cara:
Pasang oven ke suhu 170C. Pastikan oven panas sekurang-kurangnya selama 15 minit sebelum adunan dibakar
Sediakan loyang bersaiz 9x13 inci yang dilapik baking paper.
Adun TEPUNG FERUBI, garam, seebuk kulit kayu manis dan baking powder. Ketepikan.
Kisar pure butter sehingga creamy selama 2 minit
Masukkan GULA KABUNG KRISTAL dan kisar lagi selama 2 minit sehingga gebu
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kisar selama 20 saat setiap kali selepas telur dimasukkan
Pastikan anda mengaup rata bahagian tepi
adunan
Masukkan TEPUNG FERUBI berperingkat diselangseli dengan almond milk/susu/santan dan kisar perlahan sehingga rata
Masukkan pisang yang sudah dilecek, walnuts dan gaul rata.
Tuang ke dalam loyang. Adunan akan pekat.
Bakar selama 50 minit atau sehingga lidi yang dicucuk tidak melekat
Sejukkan dan potong.
Selamat Mencuba 🌴🌿🍃🌱
www.karolinawh.one
#KarolinaWHproduknusantarapremium
#AquaLogixMalaysia #EcoMove
Comments
Post a Comment