Florentine

Saya nak repost guilt free Florentine ni pasal ada yang bagitahu dia buat x menjadi. Mungkin dia terlepas pandang instruction saya dalam resepi semalam.

Apa beza florentine biasa dgn Florentine resepi saya? Bezanya. Adalah bebas dari gula putih and menggunakan tepung Gluten Free dan kalori rendah. Banyak atau tinggi bergantung dgn berapa keping anda makan.

Dari Rupa sudah tahu tiada gula putih dan bahan pengawet.

Bahan diperlukan

1/2 tepung ferubi
1/2 gula kabung
3 biji telur
200 gram mix nuts and seeds

Kalau x ikut instruction  mmang x jadi.
Sila ambil perhatian.
Pukul telur terlebih dahulu sehingga kembang baru masukkan gula dan kemudian tepung dan mix nuts anda.
Sila jangan bakar terlebih dahulu.
Masukkan dalam peti ais selama sejam dan bakar sehingga garing.

Kalau anda seorang yang agak kurang sabar sila buat lapisan nipis. Bila dah masak baru potong.
Oleh krn saya x sabar, sy buat terus bentuk yang saya suka dan bakar sehingga garing.

Kalau anda kuat manis boleh tambahkan gula sehingga 3/4 cawan.
Kalau anda suka manis masin boleh guna gula kelapa.

Mana nak dptkan tepung ferubi dan gula kabung asli? Boleh dapatkn dari kak Karolina Wan Hassan

Nak affordable gula kelapa? Boleh dptkan dari agen OCOC.

Dalam baking bukan bahan shj penting tapi teknik mainkan peranan penting.

Selamat mencuba. Jangan sekali buat x menjadi berputus asa. Kalau 3x buat x menjadi, kena order aja nampaknya.

#lovemeorhatemezy

Comments

Popular posts from this blog

FERUBI CINNAMON CEREALS

Jemput-jemput ikan bilis FERUB