Posts

Showing posts from October, 2019

Jemput-jemput ikan bilis FERUB

Jemput-jemput ikan bilis FERUBI. Rangup dan kekal sedap hinggap ke petang, insyaAllah 😋😋😋 Bahan-bahan sangat mudah - ikan bilis, bawang merah, kacang cambah, serbuk kunyit, TEPUNG FERUBI, air sejuk. Tips: Untuk bagi lebih rangup, guna air sejuk dan pastikan adunan pekat. Goreng dengan MINYAK NYIOR TANAK - satu rumah bau kampung orang dolu-dolu 🥰 Pencicahnya sambal cili GULA KABUNG. Bahan-bahan: cili kering organik, bawang merah, GULA KABUNG KRISTAL, GARAM MATA AIR dan sedikit TEPUNG FERUBI sebagai ejen pemekat sambal. Alhamdullilah tidak perlu pelbagai campuran tepung untuk kekal gluten free - cukup hanya dengan TEPUNG FERUBI 🌴🌱🍃🌿 www.karolinawh.one #KarolinaProdukNusantaraAsliAlami #AquaLogixMalaysiaEcoMove

Biskut Raya Hazelnut TANPA tepung gandum

Biskut Raya Hazelnut TANPA tepung gandum, menggunakan TEPUNG FERUBI mudah cepat sedap! Resepi: 100g GULA KABUNG KRISTAL 150g ghee/pure butter 200g TEPUNG FERUBI 2 biji telur ayam kampung 50g kacang hazelnut dikisar halus Cara: Kisar GULA KABUNG KRISTAL dan pure butter selama 2-3 minit sampai kembang. Jika guna ghee, hanya aduk perlahan selama 1-2 minit untuk elak biskut menjadi berderai. Masukkan telur ayam kampung sebiji demi sebiji dan aduk sehingga rata. Masukkan TEPUNG FERUBI dan kacang hazelnut yang dikisar halus secara berperingkat dan kacau perlahan-lahan sehingga rata. Boleh guna acuan samprit, bulat-bulatkan dan tekan dengan garpu atau masukkan doh ke dalam acuan pam - sila lihat posting saya sebelum ini di sini: https://www.facebook.com/karolinawanhassan/posts/10216964625411576 Letak di atas baking tray TANPA disapu apa-apa minyak dan TIDAK perlu dilapik dengan baking paper. Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 10-12 minit sehingga tepi biskut berwarna perang...

Florentine

Saya nak repost guilt free Florentine ni pasal ada yang bagitahu dia buat x menjadi. Mungkin dia terlepas pandang instruction saya dalam resepi semalam. Apa beza florentine biasa dgn Florentine resepi saya? Bezanya. Adalah bebas dari gula putih and menggunakan tepung Gluten Free dan kalori rendah. Banyak atau tinggi bergantung dgn berapa keping anda makan. Dari Rupa sudah tahu tiada gula putih dan bahan pengawet. Bahan diperlukan 1/2 tepung ferubi 1/2 gula kabung 3 biji telur 200 gram mix nuts and seeds Kalau x ikut instruction  mmang x jadi. Sila ambil perhatian. Pukul telur terlebih dahulu sehingga kembang baru masukkan gula dan kemudian tepung dan mix nuts anda. Sila jangan bakar terlebih dahulu. Masukkan dalam peti ais selama sejam dan bakar sehingga garing. Kalau anda seorang yang agak kurang sabar sila buat lapisan nipis. Bila dah masak baru potong. Oleh krn saya x sabar, sy buat terus bentuk yang saya suka dan bakar sehingga garing. Kalau anda kuat manis boleh...

Pankek gebu guna tepung ferubi Sedap!

Pankek gebu guna tepung ferubi Sedap! Sebenarnya dok geram ke pankek gebu gebas mama Widyana Ali Versi ni yang memang tak guna soda bikarbonat sebab di rumah dah habis Bahan dia mudah amat tu yang syiok habis + 100gm tepung ferubi + 1 sudu kecil dan 1 sudu besar gula kabung kristal + 1 biji telur : asingkan putih telur dan kuning telur + secubit garam pink + 1/2 cawan air + 1/2 cawan santan (kalau taknak letak santan, jadikan 1 cawan air ya) + 1-2 biji pisang dilenyek halus atau kasar ikut preferences kita Tips ni paling best untuk kegebusan pankek **putih telur tu kita campur dengan 1 sudu kecil gula kabung kristal, kepuk sampai kembang sampai ala-ala meringue Step by step 1. Sebatikan tepung ferubi dengan 1 sudu besar gula kabung, secubit garam dan kuning telur 2. Masukkan kepukan putih telur tadi. Kaup perlahan tau, penuh tatasusila ya. Masukkan air dan santan sedikit demi sedikit 3. Dah sebati semua, masak macam biasa untuk pankek . . Dah setel makan, pinggan da...

RESEPI WAFFLE

RESEPI WAFFLE Menu wajib untuk bento anak-anak adalah waffle. Ramai yang tanya resepi untuk buat waffle jadi hari ini saya kongsikan 3 jenis resepi yang biasa saya guna. Resepi ini semuanya saya jumpa di FB dan semoga pahala berpanjangan buat mereka. ______________________________________________ Resepi pertama menggunakan tepung gandum - 3 cawan tepung gandum - 2 1/2 cawan air (saya guna susu segar) - 3/4 cawan minyak masak - 2 biji telur - 3 sudu gula/ORCS - 1/2 sudu teh garam himalayan - 1 sudu serbuk penaik - Sedikit baking soda - Blender @ mixer semua bahan - Masak menggunakan waffle maker * Resepi saya jumpa di group masak apa hari ini. _______________________________________________ Resepi kedua menggunakan tepung 'gluten free' - 1 1/4 cawan tepung GF - 1/4 cawan ORCS - 2 sudu kecil pure baking powder - 1/2 sudu kecil garam himalayan - 2 biji telur - 1 cawan susu segar - 3 sudu besar pure butter - Campur semua bahan kering dan gaul sekata - Masu...

Cookies NUSANTARA SIHAT TANPA TEPUNG GANDUM

Cookies NUSANTARA SIHAT TANPA TEPUNG GANDUM menggunakan TEPUNG BERAS ALAMI; TEPUNG BERAS PULUT HITAM ALAMI; GULA KABUNG KRISTAL dan KAKAO NIBS ALAMI. Bahan-bahan: 1 cawan GULA KABUNG KRISTAL 3/4 cawan MINYAK SAPI ASLI 1 cawan TEPUNG BERAS 1/2 cawan TEPUNG BERAS PULUT HITAM 2 biji telur ayam kampung 1/2 cawan KAKAO NIBS Secubit garam laut asli **Masukkan minyak sapi ke dalam peti ais sebentar agar ia mengeras Cara: Campurkan tepung beras dan tepung pulut hitam serta secubit garam laut; ketepikan Putar gula kabung kristal dan minyak sapi sehingga kembang. Masukkan telur sebiji dan gaul. Masukkan sebiji telur lagi dan gaul lalu masukkan tepung beras dan tepung pulut hitam. Gaul perlahan sehingga rata. Masukkan kakao nibs dan gaul Scoop kecil-kecil di atas dulang pembakar Bakar dalam oven bersuhu 180C selama 20 minit. Enjoy your NUTRITIOUS DELICIOUS COOKIES!! Alhamdullilah ini adalah 100% RESEPI Karolina Wan Hassan, moga Allah merahmati dan anda dapat manfaat &#128525...

FERUBI Banana Cake Bread

I just love the cracks on my FERUBI Banana Cake Bread and the taste is simply MARVELLOUS!! What’s more with SUNDA PERKASA SPECIALTY COFFEE - no sugar needed. Alhamdullilah for a blessed Friday! ALL NATURAL NO WHEAT NO PRESERVATIVES Pastikan anda memilih hanya pisang KAMPUNG yang masak ranum. Anda boleh cut in half bahan-bahan yang diguna kerana saya buat ini untuk anak cucu dan menantu 😍 Resepi FERUBI Banana Cake Bread: 1 1/2 cawan pisang yang sudah dilecek 3 cawan TEPUNG FERUBI 2 tsp baking powder organik 1/2 tsp serbuk kulit kayu manis 1/2 tsp garam asli 170g pure butter 1 1/2 cawan GULA KABUNG KRISTAL 3 telur ayam kampung 1 1/2 cawan almond milk/susu segar/santan 1/2 cawan roasted walnuts yang ditumbuk halus (optional) Cara: Pasang oven ke suhu 170C. Pastikan oven panas sekurang-kurangnya selama 15 minit sebelum adunan dibakar Sediakan loyang bersaiz 9x13 inci yang dilapik baking paper. Adun TEPUNG FERUBI, garam, seebuk kulit kayu manis dan baking ...

Gluten-free crackers

Supper. Gluten-free crackers. Tak ada gula ni sebab Mama pantang gula kan. Hanya tepung ferubi (gluten-free),minyak sapi (ghee),garam pink himalaya dan air sejuk. Terubat rindu nak makan biskut. Alhamdulillah. Anak-anak suka.Nipis kan jadi rangup. Sedap rasa berlemak. Resepi: 1 1/2 cawan tepung ferubi. 1/4 cawan ghee (minyak sapi). Secubit garam pink. 1/2 cawan air sejuk. Campur tepung dan garam sebati. Masukkan ghee,ramas sampai jadi serbuk sikit dan sebati. Masukkan air sejuk. Uli rata dengan tangan.Bahagikan doh kepada dua atau tiga bahagian. Canai nipis.Tips:Letak baking paper-doh-baking paper.Baru gelek guna roll.Baru tak melekat. Potong guna pisau atau pizza cutter.Cucuk dengan garfu.Bakar 15 minit suhu 180c-200c bergantung oven. Terima kasih resepinya kak Karolina Wan Hassan.

FERUBI Wafflewich

FERUBI Wafflewich GLUTEN FREE DAIRY FREE NO PRESERVATIVES Breakfast/Lunch/Dinner SO DELICIOUS!! SO FAST and EASY!! Untuk wafflewich ini saya sandwichkan waffle dengan telur goreng mata lembu dan sambal kari terung. Sandwich ini boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda!!! Boleh dibekukan. Apabila ingin guna frozen waffle boleh panaskan menggunakan toaster, oven, waffle iron atau dalam kuali. Resepi FERUBI Wafflewich: 1 cawan TEPUNG FERUBI 1 tsp baking powder tanpa aluminium 1/4 tsp GARAM MATA AIR 1 cawan santan cair/susu segar/almond milk 1 tbs minyak sapi cair/melted pure butter/minyak kelapa 1 biji telur ayam kampung Panaskan waffle iron ke suhu 170C. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan aduk rata menggunakan wire whisk. Sapu waffle iron dengan sedikit minyak sapi. Tuang adunan ke dalam waffle iron dan masak selama 5 minit. Terbalikkan dan masak lagi selama 3 minit. Siap! Tip: Untuk kekal crispy, boleh panaskan waffle ini di dalam oven dengan menggunakan api...

Kek Lemon Ferubi

Idea untuk bantu anak dengan keunikan pertuturan untuk 'develop speech skills' Walaupun Adam ni berusian 8 tahun+, banyak yang uniknya dalam pertuturan beliau. Being one of 'speech delay' dahulu, banyak aktiviti bersama yang tibu usahakan bersama Adam Terima kasih Adam untuk kerjasama dan progres yang baik dengan izin Allah Salah satu cara stimulate kepantasan bertutur anak-anak dalam kumpulan begini ialah beri otak dan fizikal mereka cergas serentak Contohnya Berlari sambil bercakap Memanjat tangga sambil menyanyi Masak sambil bercerita . Untuk hari ni tibu buat aktiviti ketiga bersama Adam. Buat kek tapi syaratnya kena ada cerita. Resepi dari Bonda Karolina Wan Hassan, Tepung ferubi pun boleh beli dari beliau tau. Fermentasi secara alami, insyAllah pilihan tepung bebas gandum yang sangat baik . Terjadilah kek lemon ferubi harini Allahu sedap! Lemon dan gabungan gula kabung tu, memang wow! Kek ada bau seakan kopi dipanggang. Bau 'pahit' Tibu ra...

Lempeng FERUBI cicah GULA KABUNG KRISTAL

Lempeng FERUBI cicah GULA KABUNG KRISTAL..antara donut dan ini daku pilih ini..comfort food sungguh! Mat salleh panggil lempeng ni crepe. Cara buatnya juga mudah sangat-sangat: 1 cawan TEPUNG FERUBI 1/4 tsp GARAM MATA AIR 1 cawan air sejuk 1 biji telur ayam kampung Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau rata. Panaskan kuali. Sapu minyak sapi/kelapa/butter dan tuang sesenduk adunan. Perlahankan api. Tutup periuk dan masak 2-3 minit. Terbalikkan lempeng dan masak seperti tadi. Ulang sehingg habis adunan. Cicah dengan GULA KABUNG KRISTAL -mengopi dengan YELLOW CATURRA atau mengeteh dengan TEH SANGAI, rasanya tak pandang orang sebelah dah 🌴🌿🌱🍃 #lempengitufoodforallseason #KarolinaProdukNusantaraAsliAlami #AquaLogixMalaysia #EcoMove